WAKTU OPERASI

DEWAN BEDAH ELEKTIF
Isnin-Jumaat: 9.00 pagi – 7.00 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tutup

DEWAN BEDAH KECEMASAN
Setiap hari: 24 Jam

PEJABAT AM
Isnin-Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tutup

Selamat Datang ke Perkhidmatan Dewan Bedah

Dewan Bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah mula berfungsi sejak hospital ini memulakan operasinya pada 14 Julai 1998. Dewan bedah telah menjadi rumah kepada pelbagai kes-kes pembedahan minor dan kompleks, sesuai dengan fungsi hospital tertiari yang menerima rujukan bukan sahaja daripada seluruh Malaysia, bahkan daripada negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Brunei dan juga negara lain seperti Somalia. Tambahan lagi, cabang perkhidmatan ini telah menyediakan ruang praktikulum pembedahan dan rawatan anestetik kepada pelajar-pelajar Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia daripada pelbagai peringkat pengajian termasuk ijazah, siswazah dan pascasiswazah. Seiring dengan perkembangan dalam kompleksiti kes-kes pembedahan yang memerlukan pengurusan aset yang lebih mantap, Perkhidmatan Dewan Bedah telah dinaiktaraf menjadi sebuah pusat tanggungjawab (PTj) di bawah perkhidmatan klinikal berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.