LAPORAN PERUBATAN PESAKIT

 

Laporan Perubatan adalah dokumen yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh seseorang pesakit di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan berdasarkan rekod perubatan pesakit tersebut.

Laporan perubatan biasanya dimohon bagi tujuan tuntutan insuran, perbicaraan mahkamah, urusan pentadbiran, kespolis dan lain-lain yang disediakan oleh Pakar/Pegawai Perubatan.

Terdapat 3 (tiga) jenis laporan perubatan yang biasa dipohon oleh pesakit/waris pesakit.

  1. Laporan Perubatan Biasa/Ringkas/Pendapat Pakar
  2. Laporan Terperinci disediakan oleh Pakar Perubatan
  3. Borang Tuntutan Insurans/KWSP/PERKESO dan lain-lain borang tuntutan

 

KAEDAH PERMOHONAN DAN DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan laporan perubatan boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu:

  1. Datang terus ke Kaunter Unit Laporan Perubatan; atau
  2. Melalui pos dengan menggunakan alamat di bawah:

 

Unit Laporan Perubatan JabatanMaklumatKesihatan, Aras Bawah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur

(u/p: PuanSitiMaswani Mohammed)

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

  1. Salinan kad pengenalan (Mykid/Mykad) pesakit
  2. Salinan kad pengenalan (Mykid/Mykad) pemohon (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  3. Salinan kad pengenalan (MyKad) waris pesakit(bagi kes kematian)
  4. Salinan kadpengenalan (MyKad) Ibu/Bapa (bagi pesakit kanak-kanak bawah 18 tahun)
  5. Salinan buku kad rawatan temujanji (luar & dalam)
  6. Salinan sijil kematian (bagi kes kematian)
  7. Salinan dokumen yang membukti pertalian waris dengan pesakit (seperti sijil kelahiran, sijil perkahwinan, surat kebenaran mahkamah mengenai hak penjagaan dan sebagainya)
  8. Salinan sijil kelahiran (bagi membuktikan hubungan waris dengan pesakit)
  9. Borang-borang tuntutan yang berkaitan
  10. Salinan sijil cuti sakit (MC) (jika berkenaan)
  11. Surat keizinan ASAL bagi permohonan laporan perubatan hendaklah di tandatangan oleh pesakit sendiri atau ibu/bapa (jika pesakit adalah kanak-kanak)
  12. Sekiranya pesakit telah meninggal dunia, surat keizinan adalah daripada waris yang sah dari segi perundangan.

 

CAJ DAN BAYARAN

Status pesakit Caj Minimum CajMaksimum
Warganegara RM 80 RM 1000
Bukan Warganegara RM 160 RM 2000
  1. Caj tambahan boleh dikenakan tertakluk kepada jenis laporan yang disediakan.
  2. Pembayaran boleh dibuat secara tunai / kadkredit (dibayar di kaunter Unit Hasil Lobi Utama HCTM pada waktu bekerja) atau menggunakan cek / wang pos atas nama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

WAKTU BERURUSAN DI KAUNTER LAPORAN PERUBATAN

  • Isnin – Khamis :08:00 pagi – 01:00 petang dan 02:00 petang – 05:00 petang
  • Jumaat : 8:00pagi – 12:15 tengahari dan 2:45 petang – 5:00 petang
  • Sabtu – Ahad :Tutup

 

PERTANYAAN LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan laporan perubatan pesakit, sila hubungi Unit LaporanPerubatan di 03-9145 5687, 03-9145 5688, 03-9145 5689, 03-9145 5686 atau emel kami di lper@ppukm.ukm.edu.my

 

TarikhKemaskini: 8 Julai 2020